Thursday, August 28, 2008

oh telurku yang kecut.

Ketika ini, aku tengah menggigil kesejukan di dalam opis.

Haih, ape bley buat? Keje kompeni design, semua kene ikut deadline. Kurang 9 jam je tinggal. Ah, aku tak pedulik! Aku nak amik off esok! Keje dah siap, just nak refine sket-sket. YAY!

BTW, kepada sesiapa yang ingin tahu, aku merupakan seorang kaleris untuk sebuah komik tempatan. Walaupon keje aku, tapi aku kurang bangga dengan komik ni. Bukannya ape, tapi skrip yg kitorang dapat oh sungguhlah sundels. Nasib baik skrip untuk komik-komik akan datang ni diorang buat macam best sket. Takde la cam cerita kancil dan buaya. Dah la skrip tah pape, kitorang kene amend cerita die. Haih. Rase cam nak pukul je sape buat skrip nih. Dah la sape yg contract kan kat kitorang bayar ciput je. Memang terus aku buat keje sub-par dengan kebolehan diri sendri.

Bukannye aku tak sapot komik tempatan mmkay? Tapi.. ah. I'm just rambling.

-_-

Haih, bile la aku nak wat komik sendri.

Oh BTW, aku sebagai kawan yang super baik, telah terlanjur cakap akan tolong budakyangbijak yang aku akan tolong die buat cover untuk band die, Siren. Nak tarik balik cakap, tak sampai hati plak. Lulz, aku memain je. Nanti dah siap aku post sini mmkay?

Laters~

Monday, August 25, 2008

origin...

So... seblom ni ade beberapa orang tanye aku, "Apsal nick ko mahata ha? HAA?? SAPA EMO???!!"*hentak meja!*.

Ok, takde la ekstrim sangat sebenarnya, saja je nak buat cam dramatis. FYI aku bukan Indian, contrary to popular belief. So for the first and last time akanku ceritakan asal usul nama/nick yg aku pakai ni, and kalau sape-sape tanye bley aku directkan aje ke entry nih.

Anyway, lebih kurang 20+ tahun dulu aku dok kat Bristol, UK selama setahun. Beberapa minggu lepas aku sampai sana, mak abah aku enroll aku masuk skolah ape tah name die, aku lupe (kamon la dah 20 tahun lebih, and aku ni lemah daya ingatan. Orang kata psl kuat toceng, tak tau plak aku).

Walaupon aku dulu seorang budak yang super cute, aku masih tidak reti cakap omputih. Ye la kan nak wat camne, umo baru 5 ade hati nak cakap omputih, sedar lah kan diri tu baru setahun jagung. Gile struggle nak buat kawan kat sana, terasa diri macam makhluk asing, sumorang dok pandang aku macam weirdo bile aku nak bli ceklat. Last-last menyamar bisu, buat macam reti sign language je.

Anyway, berbalik kepada citer asal, first day aku kat skolah amatlah horror. Time tu skolah dah start dlm 2~3 minggu, so time aku masuk tu dah la tak reti cakap omputih, budak-budak lain sume dah ade geng sendri. Dah la aku agak standout gak, aku sorang je Asian kat dalam grade tu. Sume budak pandang aku cam tak penah pandang Asian je (mungkin betul gak, ye la diorang pon baru 5~6 tahun). Asian yang diorang tau pon Pakistani je, psl kat Bristol tu cam berlambak gile orang Pakistan. And aku ni dah la mix Melayu ngan Cina, mmg diorang blank aa.

Aku agak menggelabi (menggelabah babi) gak aa kan pasal kene usha ramai-ramai budak kecik ala-ala Children of the Corn ni. Dah la aku tak paham sangat ape diorang cakap ngan tanye, nak cakap balik pon tak reti. So last-last dok diam wat bodo je la kot. Sure diorang ingat either aku kerek atau bisu/pekak. Ah sukati korang la, aku pedulik hape!

So beberapa minit kemudian (yang aku rasa cam berjam-jam), masuk la cikgu kelas aku. Mrs ape tah name die (I'm bad with names, so sue me). Die pon dengan baik hati nye soh budak-budak lain tu STFU dan cube meng-introduce-kan aku.

"Boys and girls, today we have a new student with us", kata cikgu itu.

"He's from Mongolia, and his name is... Ma... Maha..."

"...Mahata?", kata cikgu itu dengan separa konfiden.

"Ma'am, my name Mahathir. I from Malaysia", kata aku dengan pelat melayu yang sangat pekat.

"Are you sure? It spells like Mahata, like, in French", balas cikgu itu lagi.

"...", aku blank. Tah betul ke tak French ke ape.





YA RLY!! I mean, like, I would KNOW my own name, bitch!
And wtf Mongolia???


Bile balik skolah aritu, aku pon citer la kat mak aku. Dari situ la nama tu datang. Tapi lepas aku pulang ke tanahair, aku dah tak pakai dah name tu, sampai la aku masuk uni yang bernama MMU (bukan nama sebenar). Nama manja aku kat skolah dulu lain, tapi kat uni ade budak ni name die Dayat, pastu die suke hati je kasik aku nama manja baru, Mahat. So aku cam, fine, whatever. Pastu tetibe aku ternostalgia psl nama French aku, so aku pon dengan perasaan best pakai la balik nama mahata itu sampai skang.

Sekian.

P/S: nanti kalau aku jumpe balik gamba supercomel aku masa kat UK aku post mmkay?

Wednesday, August 13, 2008

Blom pape dah kene tag.

"ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN"

It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage for your nominees.

* * * * *
"Hmm... nampaknya saya perlu berterima kasih pertama sekali kepada Encik Hajime kerana tanpa beliau, dunia ini makin senang untuk bernafas, dan saya takkan dinobati dengan anugerah berprestij ini," ucap saya dengan penuh bangga sekali.

"Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Yoshz. Walaupon beliau punya blog cam takde la best mana sangat, tapi beliau menyediakan ruang komen yang jauh lagi bermakna untuk dibaca," tambah saya dengan kejam.

"Terakhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu para pembaca yang saya sebenarnya takde idea ape yang perlu saya buat, tapi blasah je la, asalkan text banyak nampak cam rajin tulis. Penuh sket page blog ni kan? Sekian, tata~!", saya ujar dengan penuh konfiden walaupon tak tau ape yang berlaku sebenarnya.

Begitulah ceritanya.

* * * * *

Mesej saya: Saya akan nominate orang bile saya kenal lebih ramai bloggers, yay.

Tuesday, August 12, 2008

why halo thar.

Pekabo sume? Saya di sini ingin mencoba coba untuk blogging, sile beri tunjuk ajar~ susahkan kamu~